wanita-wanita dalam hidupku
Home | About Me | Favorite Links | Contact Me | Family Photo Album | My Pets | Photos | Renungan Dan Pengalaman | corat carit | Sajak | Tafsir Mimpi | Blank page | Rampai Iklan | PUISI

Sebarang Dari Sebarang

Enter subhead content here

Flying Geese
aku ingin terbang bersamamu

 
INA
Ina,begitulah nama seorang gadis yang aku kenali sejak dua tahun lalu.Aku mengenalinya sewaktu kami sama2 bekerja di sebuah kebun bunga.Aku tertarik padanya sejak terpandangnyapada pertama kali lagi.aku tertarik kerana perwatakannya yg bersahaja.Sebaik terpandangnya,tanpa berlengah seperti 'bocek' aku terus mend
ekatinya dan mengajukan beberapa soalan.ternyata orangnya mudah diajak berbual tetapi agak loghat juga.Bagi aku ina bertambah istimewa tidak mengada-ngada.
            Sejak pertemuan pertama ,aku selalu mengusiknya jika bertemu di lain kali.Malangnya Ina menunjukkan rasa boring untuk melayanku kerana mengusiknya soal kahwin,mungkin dia sangka aku nak mulakan cerita lucah.Selalunya kalau aku bertemu Ina aku mulakandengan pertanyaan;'bila engkau nak kawin'?
             Sebelum ini antara aku dan Ina boleh di katakan mesra. Waktu berbual kami suka usik mengusik satu sama lain, dan aku tiada rasa segan padanya.
              Tapi kini keadaan itu telah berubah.Perubahan itu datang secara mendadak.Dengan tiba2 tak tau mengapa aku merasa amat segan untuk mendekati Ina apatah lagi untuk berbual.Jika bertemu kami tidak bercakap-cakap lagi spt biasa,cuma sekadar pandang2,saja.Kemesraan yang pernah ujud,hampir musnah.Di manakah puncanya tak dapat aku kesan.Mungkin Ina juga tak tau.Walaupun aku tidak minta terjadinya keadaan ini,namun aku masih tetap suka dan meminati Ina.Melihatkan  aku mula bersikap dingin,ina tidak mahu lagi menegurku.Aku berharap kemesraan antara kami akan pulih kembali.Walaupun hubungan kami agak dingin ketika ini, namun aku masih tetap ingin meneruskan perkenalan kami.Dan hasratku yang paling besar ialah agar aku dan Ina menjadi sepasang sahabat yang paling akrab.

Enter supporting content here

hakcipta terpelihara jadong