Mencari Ketenangan Jiwa

Home | About Me | Favorite Links | Contact Me | Family Photo Album | My Pets | Photos | Renungan Dan Pengalaman | corat carit | Sajak | Tafsir Mimpi | Blank page | Rampai Iklan | PUISI

Sebarang Dari Sebarang

Oleh : Abdul Rahman b. Abdul Jalil r.a 
 
             Ada segelintir manusia yang tidak mendapat ketenangan jiwa. Hidup selalu dalam keresahan. Duduk resah, berdiri resah, baring gelisah, terlungkup pun resah, miskin resah , kaya pun resah. Seterusnya, bujang resah ,dah berumahtangga dan beranak cucu masih juga resah. Ke hulu ke hilir , walau ke mana pergi hati tetap resah . Keresahan bagaikan teman sejati, hinggakan orang-orang yang mengalaminya jadi bingung.
              Ketenangan jiwa menjadi idaman setiap orang. Tetapi berapa kerat sahaja yang mampu mendapatkannya? Mendapatkan ketenangan jiwa bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai yang mencari gagal mendapatkannya.
              Mungkin ada orang yang berkata; Mengapa jiwa aku tidak tenteram? Sedangkan amal ibadat aku buat. Solat fardu tak pernah tinggal, ditambah pula dengan solat-solat sunat. Puasa fardu pun tak pernah tinggal , yang sunat pula selalu buat. Zakat bayar. Menunaikan Haji juga sudah .Bersedekah pun selalu. Pertanyaan ini sering menghantui fikiran, dan mungkin juga kegagalan mendapatkan ketenangan jiwa menyebabkan timbulnya rasa kecewa lantas orang yang banyak melakukan ibadat malas dan lemah untuk melakukannya lagi.
                Sebenarnya ada banyak sebab yang menyebabkan jiwa tidak tenteram. Salah satu daripadanya ialah  mencampurkan amal ibadat dengan perbuatan- perbuatan dosa. Dalam ertikata yang lain , melakukan amal ibadat dan dalam masa yang sama turut melakukan maksiat.
                Sebagai contoh, ada seorang yang berpenyakit kulit. Kulitnya sangat gatal , menanah dan mengelupas. Maka iapun menemui doktor. Setelah diperiksa , doktor pun memberinya ubat. Disamping itu doktor mengingatkan supaya sipesakit jangan memakan makanan yang menyebabkan kegatalan kulit seperti belacan, ikan masin, daging, sotong, ketam dan sebagainya.
                Selepas menemui doktor, sipesakit pun pulang. Seterusnya, memakan ubat yang doktor beri. Dalam waktu yang sama apa-apa makanan yang doktor larang sipesakait makan sipesakit makan juga. Jika begitu halnya, sebanyak mana sekalipun ubat yang sipesakit makan, penyakitnya pasti tidak akan sembuh.
                 Begitu juga dalam hal mencari ketenangan jiwa melalui amal ibadat. Amal ibadat seperti solat, puasa, zakat, sedekah dan apa saja yang berbentuk ibadat bolehlah diumpamakan seperti ubat atau penawar untuk jiwa. Tetapi, ubat dan penawar tidak akan bererti seandainya pantang-larang tidak dipatuhi. Sebab itu jangan merasa kebingungan jika amal ibadat yang banyak itu tidak membuahkan ketenangan jiwa  kerana amal ibadat itu telah dicemari oleh perbuatan maksiat.
                   Jadi, jalan yang sebenar untuk mendapatkan ketenangan jiwa ialah dengan mengerjakan segala perbuatan yang baik diiringi dengan meninggalkan perbuatan maksiat . Semoga dengan benarnya kaedah yang diamalkan, Tuhan memberikan ketenangan yang dicari-cari.

Enter content here

Enter supporting content here

hakcipta terpelihara jadong