Surah Al- Kahfi Ayat 9 - 12
Home | About Me | Favorite Links | Contact Me | Family Photo Album | My Pets | Photos | Renungan Dan Pengalaman | corat carit | Sajak | Tafsir Mimpi | Blank page | Rampai Iklan | PUISI

Sebarang Dari Sebarang

9- Adakah engkau menyangka, bahawa kisah ' Ashaabul- Kahfi' dan 'Ar- Raqiim' itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami ?
 
10- ( ingatlah peristiwa ) tatkala serombongan orang- orang muda pergi ke gua, lalu mereka berkata; Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami
 
11- Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu. bertahun-tahun yang banyak bilangannya
 
12- Kemudian Kami bangkitkan mereka ( dari tidurnya ) , untuk Kami menguji, siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu )
 
*Kerana kaum Quraisy mengutus Nadzar b. Haris, Uqbah b. Abi Muith kepada pendita-pendita Yahudi di Madinah, untuk menanyakan tentang Muhammad s.a.w ciri dan sifatnya, serta ajaran yang dibawanya. Pendita Yahudi menjawab; Cuba tanyakan Muhammad 3 perkara:  Kalau Muhammad mampu berikan penjelasan , bererti dia seorang Nabi.
1- Tanyakan tentang kejadian peristiwa hebat dan menakjubkan yang dialami oleh sejumlah pemuda, disuatu masa tertentu, yang pergi bersembunyi di sebuah gua, dan bagaimana khabar mereka selanjutnya
2- Tanyakan di tentang seorang lelaki yang telah menjelajahi bahagian timur dan barat bumi
3- Tanyakan tentang roh, apakah roh itu? maka apabila Muhammad boleh menjelaskan 3 perkara ini, beerti dia seorang Nabi yang harus kamu imani dan ikuti.

Enter content here

Enter supporting content here

hakcipta terpelihara jadong