Bersumpah
dengan makhluk adalah haram menurut jumhur ulamak.Itu adalah pendapat Imam Abu Hanipah dan satu di antara dua pendapat Mazhab
Syafie dan Hambali. Dan tentang keharaman tersebut telah ijmak para sahabat. Dan ada pula pendapat mengatakan, bahwa hal itu
adalah makruh tanzih. Pendapat pertama mendekati kebenaran, sehingga berkatalah Abdullah b. Masud, Abdullah b. Abbas, dan
Abdullah b. Umar; Bahwa bersumpah dengan Allah dalam keadaan dusta, lebih senang bagiku daripada bersumpah selain Allah dalam
keadaan benar.
Latar belakang pendapat
yang demikian ini adalah kerana bersumpah dengan selain Allah itu adalah syirik. Dan syirik itu adalah lebih besar dosanya
daripada dusta. Seharusnya sudah diketahui mperbezaan pendapat tentang sumpah dengan para Nabi. Pendapat Imam Ahmad mengenai
bersumpah dengan Nabi s.a.w ada dua riwayat:
1- sumpahnya tidak jadi. Pendapat ini sama seperti pendapat jumhur ulama Malik, Abu Hanipah
dan Syafie
2- sumpahnya jadi. Dan ini dipilih oleh sahabat2nya , seperti Al- Qadhi dan para pengikutnya,
juga Al- Mundzir cocok dengan mereka ini.