kiamat
Home | About Me | Favorite Links | Contact Me | Family Photo Album | My Pets | Photos | Renungan Dan Pengalaman | corat carit | Sajak | Tafsir Mimpi | Blank page | Rampai Iklan | PUISI

Sebarang Dari Sebarang

Enter subhead content here

KISAH SHEIKH ABDUL KADIR JAILANI DENGAN SYAITAN

      Pada suatu ketika aku sedang beribadat,tampak arasy di hadapanku , diatasnya ada cahaya, lalu ia berseru, 'Hai Abdul Kadir, aku adalah Tuhanmu, dan aku telah halalkan untukmu apa-apa yang aku haramkan bagi orang lain'.Abdul Kadir berkata:'Aku tanyakan kepadanya, apakah engkau itu Allah yang tiada Tuhan selain Dia? enyahlah engkau hai musuh Allah'!. Maka terurailah cahaya tersebut dan menjadi gelap dan oknum itu berkata;Hai Abdul Kadir , engkau selamat daripadaku, kerana pahamnya engkau kepada agamamu dan hal ehwalmu,aku benar-benar telah mencobakan fitnah dengan kisah seperti ini kepada 70 orang'.

Lalu orang menanyakan , 'Bagaimana anda tahu bahawa oknum tersebut adalah syaitan? Dia menjawab'Oleh kerana katanya,aku halalkan untukmu apa yang akau haramkan kepada orang lain'. Padahal aku mengetahui ,bahawa syariat Nabi Muhammad SAW tidak terhapus dan tidak di ganti, dan sebabnya lagi ialah, bahwa oknum tersebut mengucapkan, aku adalah Tuhanmu, sedangkan dia tidak kuasa mengatakan,Aku Allah yang tiada Tuhan selain daripadaku .

Sumber: Kpd Khalik Tanpa Perantaraan(Ibnu Taimiyah)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. video seks orang melayu
  2. Harga Barang  Yang Melambung Naik
  3. Perginya Orang Tersayang

hakcipta terpelihara jadong