Renungan Dan Pengalaman

Home | About Me | Favorite Links | Contact Me | Family Photo Album | My Pets | Photos | Renungan Dan Pengalaman | corat carit | Sajak | Tafsir Mimpi | Blank page | Rampai Iklan | PUISI

Sebarang Dari Sebarang

Hai Nora
Apa khabar? Saya harap awak sihat.
Saya di sini berharap awak sedia menjawab beberapa soalan. Saya harap awak tidak keberatan.
Saya ingin tahu awak tinggal dimana di England. Saya rasa menjalani hidup di sana tentu mempersonakan. Ya lah ! Bukankah England sebuah tempat yang sempurna. pemandangannya indah dan kemajuannya pula hebat.
Tambahan pula ia sebuah negara yang kaya. Saya denganr cerita penganggur di sana dapat elaun tiap- tiap bulan. Betulkah?
Kalau saya hendak melancung ke sana awak boleh tak temankan saya?
Andainya saya ke sana nanti saya mahu melawat ke tempat-tempat yang paling menarik. Saya harap awak dapat ceritakan tempat-tempat yang mnarik itu di sini.
Awak kata setelah 29 tahun lahir tidak pernah sekalipun awak menjejakkan kaki ke kampung halaman bapa awak iaitu Malaysia.
Selama 29 itu apa yang bermain di fikiran awak tentang Malaysia?
Adakah awak terlalu ingin untuk menjejakkan kaki ke sini ataupun keinginan itu cuma biasa-biasa sahaja?
Bagaimana pula dengan rancangan awak hendak ke sini? Adakah sudah pasti?
Adakah awak akan datang berseorangaqn atau berteman?
Akhir kata..semoga kunjungan awak ke sini akan memberikan 1000 kenangan dan pengalaman yang sangat indah.
Saya juga berharap semoga perkenalan kita ini menjadi suatu yang bermakna melebihi daripada yang dibayangkan.
Saya harap awak balas pesanan ini secepat mungkin.
Biasanya saya selalu tidak sabar untuk menerima pesanan dari awak.
Ok. Jumpa lagi . Bye.

INA
Ina,begitulah nama seorang gadis yang aku kenali sejak dua tahun lalu.Aku mengenalinya sewaktu kami sama2 bekerja di sebuah kebun bunga.Aku tertarik padanya sejak terpandangnyapada pertama kali lagi.aku tertarik kerana perwatakannya yg bersahaja.Sebaik terpandangnya,tanpa berlengah seperti ‘bocek’ aku terus mendekatinya dan mengajukan beberapa soalan.ternyata orangnya mudah diajak berbual tetapi agak loghat juga.Bagi aku ina bertambah istimewa tidak mengada-ngada.
Sejak pertemuan pertama ,aku selalu mengusiknya jika bertemu di lain kali.Malangnya Ina menunjukkan rasa boring untuk melayanku kerana mengusiknya soal kahwin,mungkin dia sangka aku nak mulakan cerita lucah.Selalunya kalau aku bertemu Ina aku mulakandengan pertanyaan;’bila engkau nak kawin’?
Sebelum ini antara aku dan Ina boleh di katakan mesra. Waktu berbual kami suka usik mengusik satu sama lain, dan aku tiada rasa segan padanya.
Tapi kini keadaan itu telah berubah.Perubahan itu datang secara mendadak.Dengan tiba2 tak tau mengapa aku merasa amat segan untuk mendekati Ina apatah lagi untuk berbual.Jika bertemu kami tidak bercakap-cakap lagi spt biasa,cuma sekadar pandang2,saja.Kemesraan yang pernah ujud,hampir musnah.Di manakah puncanya tak dapat aku kesan.Mungkin Ina juga tak tau.Walaupun aku tidak minta terjadinya keadaan ini,namun aku masih tetap suka dan meminati Ina.Melihatkan aku mula bersikap dingin,ina tidak mahu lagi menegurku.Aku berharap kemesraan antara kami akan pulih kembali.Walaupun hubungan kami agak dingin ketika ini, namun aku masih tetap ingin meneruskan perkenalan kami.Dan hasratku yang paling besar ialah agar aku dan Ina menjadi sepasang sahabat yang paling akrab.

* Pagi ini adalah pagi yang sangat indah. Jiwaku merasa sungguh tenteram.Namun aku aku tiada teman untuk berbicara kecuali diri sendiri. Kisah2 yang lalu terbayang kembali bagaikan sebuah filem yang sedang ditayangkan. Betapa kisah kehidupan yang berselang seli dengan suka dan duka, tangis dan tawa, lucu dan jenaka.

Aku masih ingat lagi ketika aku masih kecil, bersekolah dalam darjah dua. Waktu itulah pertama kali aku belajar berdikari untuk mendapatkan wang untuk dibuat belanja sekolah.

Ceritanya begini...pada suatu hari ibu aku terlupa untuk meninggalkan belanja sekolah sedang dia  pagi2 lagi telah pergi bekerja.Aku tiada wang untuk dibuat tambang bas. Menyedari keadaan ini aku pun berfikir bagaimana menyelesaikan masalah ini.Aku pula merasa sangat malas untuk menemui ibu aku di tempat kerjanya kerana tempat kerjanya berada jauh di puncak bukit. Kemudian seperti biasa aku buka almari untuk mendapatkan sarapan pagi. Aku dapati pisang goreng di dalam bekasnya. Banyak juga. Aku pun makan sebahagian daripadanya dan selebihnya aku bawa ke  rumah seorang jiran yang berada di tepi jalan. Aku menempatkan diri di tangga rumahnya dan duduk di situ menunggu orang datang. Setelah beberapa lama menanti akhirnya datang lah beberapa orang membeli. Mereka ini lapar agaknya kerana baru habis kerja  Nasib aku agak baik kerana goreng pisang aku hampir habis terjual. Maka dapatlah aku sedikit wang untuk dibuat tambang bas dan belanja sekolah hari itu. Aku mersa lapang hati setelah terlepas dari masalah dan telah melalui satu pengalaman berdikari buat pertama kali. Mungkin samapai hari ini ibuku belum tahu lagi tentang hal ini. Dan sampai hari ini aku masih belum menceritakan kepadanay lagi.

Semua orang punya cerita zaman kanak2 nya.Begitu juga aku. Ada satu lagi cerita yang agak lucu yang tidak dapat aku lupakan. Kenangan ini selalu aku terkenangkan.

Suatu pagi yang indah, seperti biasa aku bermain lagi. Berlari dan berkejaran dengan kawan2. Tak berapa kemudian tekakku merasa sangat haus. Aku cepat2 pulang ke rumah dan dengan kelam kabut terus membuka almari. Aku mencari2 air teh untuk diminum. Aku ternampak sebiji cawan. Aku dapati di dalamnya ada air berwarna kekuningan. Aku benar 2sangkan itu adalah air teh. Tanpa berfikir dua kali aku terus meneguk ' benda' itu sehingga kering .Selang beberapa lama selepas itu aku sambung main lagi tapi sekejap sahaja kerana perut ku rasa lain macam . Kemudian aku tak lalu bermain lagi . Aku pun pulang . Sesampai di rumah aku terus menghempaskan diri di katil. Badanku aku rasa lemah longlai. Perut pulak seperti memulas2.

Tak berapa lama ibu aku pun pulang.Apabila dia melihat aku 'jem' dia menghampiri aku dan bertanya ' Engkau ni kenapa? "' Perut aku sakit la mak " jawab aku. Mak aku tanya lagi " Kenapa?" Entahlah ,lepas minum air teh tadi perut saya terus sakit" aku menerangkan. M " Mana kau dapat air teh tu? hari ni mak belum buat air lagi" "Yang dalam almari tu kan ke air teh " aku mula sangsi.

" Yang dalam cawan tu ke? tanya mak aku mlagi. "Ya " jawabku. "La engkau ni, itu bikannya air teh itu minyak kelapa. Minyak goreng ikan malam tadi. Patut la perut engkau sakit. Itula .." mak aku membebel pendek.

Aku hanya tersengih setelah mengetahui hal sebenar. Kemudian mak buatkan aku segelas air teh. Setelah teh diminum aku tertidur.

# Setiap kali jarum jam bergerak maka masa pun bertambah. Itu bermakna setiap orang makin meningkat usia. Orang2 di sekeliling kita ada bermacam2 sifat. Mereka hidup berkelompok dalam satu2 masyarakat namun hati mereka tetap tidak sama. ramai darinya yang tidak sehaluan dan sefahaman. Walaupun begitu kehidupan ini perlu diteruskan.

 Masyarakat kita sering buta, pekak dan tidak mengerti , sebab itulah mereka selalu menyakiti. Jika kita berbuat baik masih ada juga suara2 yang sangsi dan mencaci apatah lagi jika tersalah perbuatan tentulah lebih lagi. Aku lihat  manusia ini apabila berkumpul suka membicarakan hal orang lain dan yang lebih teruk suka mengada2kan cerita .Sesetengahnya terlalu sibuk mencari2 kesalahan orang lain sampai tak nampak salah sendiri  . Inilah  slah satu buta dari 1001 juta kebutaan yang ada.

# Orang2 di sekelilingku terlalu ramai jumlahnya. antaranya aku kenal dan tidak ku kenal. ada yang baik budi atau sebaliknya. Kadang2 kami bertemu di jalanan secara sedar atau kadang2 tanpa sedar walaupun terlanggar bahu secara sengaja. wajah2 mereka terkadang terbayang di fikiranku. Dan setiap orang yang aku terjumpa menjadi pertanyaan di hatiku. Aku bertanya kepada diri tentang keistimewaan tiap2 diri dan aku berhasrat untuk berkongsi keistimewaan itu bersama pemiliknya. Tapi satu hal yang kerap aku temui ialah kebanyakan manusia berada adalam keadaan yang tidak menyenangkanku. Mungkin juga penerimaan orang terhadapku begitu juga. Ternyata betapa sukarnya mendapatkan teman yang bersesuaian dengan jiwa dan fikiran sendiri. Namun begitu aku tidak harus jemu dalam berusaha untuk mendapatkan teman yang serasi. mungkin suatu hari nanti apa yang dicari akan ketemui.

 

 

 

 

 

 

hakcipta terpelihara jadong