Surah Al- Qasas Ayat 52-55
Home | About Me | Favorite Links | Contact Me | Family Photo Album | My Pets | Photos | Renungan Dan Pengalaman | corat carit | Sajak | Tafsir Mimpi | Blank page | Rampai Iklan | PUISI

Sebarang Dari Sebarang

52- Adapun orang-orang yang kami beri kitab sebelum Al-Quran, mereka percaya dengan kitab ini
 
53- Dan apabila dibacakan (al-Quran) atas mereka, lalu mereka mengatakan; Kami percaya dengannya, ia benar datang dari Tuhan kami, kami sebelumnya pun telah menyerahkan diri kepadanya
 
54- Mereka itu diberi pahala dua kali, sebab sabar mereka itu dan sebab mereka menolak  kejahatan dengan kebaikan dan kerana mereka memberi nafkah sebahagian daripada apa yang telah diberi rezeki kepada mereka
 
55- Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka memalingkan diri daripadanya, seraya berkata; Bagi kami amalan kami danbagi kamu amalan kamu, selamat atas kamu, kami tiada mahu menjadi orang-orang yang bodoh.
 
* Sesudah Rasul keluar dari pemulauan kaum Quraisy, datanglah kira-kira 20 orang Nasrani dari Ethopia ke Mekah, sesudahnya mereka mendapat khabar tentang keadaan Rasul dari kaum Muhajirin yang kedua kalinya ke Habsyah itu, yang mulai berangkat ke sana setelah Rasul dan kaum muslimin dipulaukan orang Mekah.
  Tidak lama sesudahnya mereka berjumpa dengan Rasul dan sesudah mendengar ayat-ayat Al-Quran dari mulut beliau sendiri, sekalian mereka terus membenarkan Nabi, mempercayainya dan masuk Islam. Amatlah marahnya orang Quraisy, sampai mereka mengeluarkan penghinaan dengan mulut, kerana mereka telah bersusah-payah membendung Islam, tahu-tahu orang-orang Ethopia itu datang menambah besar kekuatan Rasul. Kata orang Quraisy kepada mereka; Tuan-tuan satu angkatan yang rugi sekali! Tuan-tuan diutus kaum tuan-tuan untuk memeriksa khabar orang ini (Muhammad) , tetapi rupa-rupanya tuan-tuan telah membenarkannya pula! .Utusan kaum Nasrani hanya menjawab; Selamat atas tuan-tuan. Kami tidak hendak turut berlaku bodoh seperti tuan-tuan. Kami pegang faham kami, tuan pegang kepercayaan tuan-tuan.

Enter content here

Enter supporting content here

hakcipta terpelihara jadong